Jaafar Onn Meninggal Dunia Di Hospital, Ank Angkat dedah punca sebenar

Pelakon dan pengacara berpengalaman, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Jaafar itu disahkan sendiri oleh anak angkatnya iaitu Mohamad Hanif Hashim.

Difahamkan, kematian Allahyarham bapa angkatnya itu disahkan selepas pihak hospital berusaha sedaya upaya memberikan bantuan pernafasan selepas jantungnya terhenti, pagi tadi.

Dalam pada itu, Hanif memaklumkan urusan pengebumian bagi jenazah Allahyarham bapa angkatnya itu ketika ini masih lagi dalam perbincangan pihak keluarga.

Terdahulu, kesihatan Jaafar atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang dilaporkan merosot sebelum ditahan di wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Sumber : ohbulan

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*