Pendirian berani seorang wanita bernama Mira Lestari yang nekad merobohkan rumah miliknya yang dibina atas tanah mentua sempat tular beberapa hari lalu. Isu itu tercetus bila mana bekas mentua meminta Mira untuk membeli semula tapak tanah berharga RM88,000+ yang sebelum ini diberikan secara percuma atas dasar kasih sayang.
Dalam sebuah live TikTok terbaru, Mira tampil mendedahkan maklumat lanjut tentang apa yang berlaku. Setelah terjadi penceraian, mereka bersetuju membahagikan harta sepencarian secara adil. Oleh kerana rumah itu dibina menggunakan wang sendiri, Mira secara automatiknya mendapat hak pemilikan kekal. Manakala bekas suami mendapat semua motosikal serta kereta. Tapi yang sebenarnya, dari awal lagi Mira mahu serahkan rumah berkenaan namun lelaki itu menolak secara habis-habisan.
“Proses merobohkan rumah ini bukan percuma. Aku bayar RM37,000+ kepada bekas suami. Jadi sebenarnya, aku tak dapat apa-apa. Cuma dapat sisa-sisa. Ada 1 motor sebagai harta sepencarian, itu pun tagih dengan bekas suami”
Sebelum rumah tersebut dibina, Mira rupanya berhasrat mahu membeli dahulu tanah berkenaan. Namun mentuanya berbaik hati untuk berikan secara percuma tanpa sebarang hitam putih. Siapa sangka, kini wujud isu berbangkit setelah penceraian itu terjadi.
Reda dengan penceraian itu, Mira juga masih tenang saat mendapat khabar bahawa bekas suaminya akan berkahwin lagi selepas raya. Walau bagaimanapun, jiwanya mula tercabar selepas dia mengetahui isteri baru bakal dibawa duduk ke dalam mahligai yang dibina hasil penat lelahnya sebelum ini. Padahal, konflik membabitkan pemilikan tanah mentua belum lagi selesai. Hari ini merupakan fasa terakhir meratakan rumah berkenaan kerana Mira sudah memanggil khidmat mesin jengkaut.
Sumber : kisah dunla
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply