KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 51, dipercayai kembali bergelar isteri selepas 17 tahun hidup bersendirian.
Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku dilihat berkongsi video pada majlis pernikahan.
Namun, identiti jejaka yang berjaya menawan hati dan butiran majlis perkahwinan tidak didedahkan.
Bagaimanapun, Raja Azura hanya menulis kapsyen ringkas dalam laman Instagram (IG), malam tadi.
“Alhamdulillah… syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.
“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.
Hantaran dimuat naik ibu kepada tiga cahaya mata itu, malam tadi mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan perkahwinan keduanya bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan di ruangan komen termasuklah Janna Nick, Mmi Flyy, Datuk Fizz Fairuz, Azza Elite, Aziz M Osman dan ramai lagi.
Seakan mengesahkan berita pernikahannya, bekas pengacara Melodi itu kemudiannya dilihat berkongsi sekeping foto berpakaian sedondon rona biru gelap, sambil memaut tangan suaminya yang turut disertakan emoji hati dalam IGs.
Sementara itu, penyampai radio, Sharifah Shahirah ketika dihubungi tidak tahu menahu mengenai pernikahan rakan baiknya.
“Saya tak tahu sebab tidak terima undangan,” jawabnya ringkas. Sehingga kini, BH masih berusaha mendapatkan komen Raja Azura, namun mesej dan panggilan tidak dijawab.
Terdahulu, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan
Puteri Mia Maizura, 19.
Sumber : Bharian
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply