Alfatihah ank syurga,semoga Allah mmblas kepada org yg berbuat jahat kepadamu,

created by photogrid

PETALING JAYA: Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin esok, bagi membantu siasatan pembunuhan mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman esok selepas tempoh reman tamat hari yang sama.

Ditanya sama ada sudah ada pengakuan atau belum, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

“Esok kita akan mohon untuk menyambung reman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan peguam ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin memaklumkan beliau tidak dibenarkan bertemu mereka yang kini dalam tahanan reman.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu, Fahmi Abd Moin dilaporkan berkata, beliau sudah memohon jasa baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertemu namun tidak dibenarkan.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

Sumber : Kosmo

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*