Sebelum ini wartawan yang berada di lokasi rumah Zayn Rayyan dibunuh melaporkan melihat pihak polis membawa suspek iaitu ibunya ke lokasi untuk lakonan semula kejadian.
Suspek juga diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada jam 11.06 untuk dibawa ke arah anak sungai, lokasi Zayn ditemui.
Suspek dilihat berpakaian dengan tulisan lokap, menundukkan kepalanya ketika dibawa.
Selepas lebih kurang 2 jam berada di lokasi, suspek dibawa keluar dari Apartmen Idaman Damansara Damai kira-kira jam 12.20 tengah hari.
Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.
Antara komen warganet di ruang komen harian metro.
Kredit: Harian Metro
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply