Baru 24jam ditangkap, wartawan temui Sesuatu jadi pada akaun ig Ibu Zayn

created by photogrid

PETALING JAYA – Akaun media sosial milik ibu kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, dinyahaktifkan sebaik sahaja dia ditahan bersama suaminya semalam.

Carian Kosmo! mendapati, akaun media sosial wanita berusia 29 tahun tersebut di TikTok dan Instagram kini tidak lagi aktif.

Bagaimanapun, akaun Facebook beliau masih lagi wujud namun hantaran terakhir di akaun tersebut adalah pada Februari lalu.

Wanita tersebut sebelum ini sering berkongsi mengenai anak-anaknya di TikTok dan Instagram berkenaan.

Susulan kejadian malang yang menimpa Zayn Rayyan, 7, wanita itu sering meluahkan perasaan rindu terhadap kanak-kanak tersebut selain sering melawat kubur Allahyarham yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Februari lalu, keluarga ini turut mendapat perhatian pengguna media sosial apabila menyambut hari jadi Zayn Rayyan di pusara kanak-kanak itu.

Terdahulu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 29 tahun itu dilaporkan direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi melengkapkan siasatan.

Pada 6 Disember tahun lalu, Kosmo! melaporkan Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini selepas dilaporkan hilang di kawasan kediamannya itu.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*