Datuk Zayn Mngaku? Dedah Saat kejadian Anak Dan Menantu Ditahan

created by photogrid

Penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan sebagai suspek kes pembunuhan telah mengejutkan satu Malaysia.

Menurut laporan Harian Metro, datuk kepada kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba berkata dia mengetahui mengenai penahanan anaknya selepas dimaklumkan seorang rakan.

Difahamkan, ketika penahanan anak dan menantu, dia sedang melakukan ekspedisi di sebuah hutan di Dungun, Terengganu. Buat masa sekarang, saya tidak boleh ulas apa-apa sebab sekarang sedang berada di luar dan baru keluar dari hutan di Dungun.

Keluarga saya tidak dapat keluarkan kenyataan buat masa ini, tunggu sehingga saya pulang.

Katanya salah satu sebab tidak mengetahui tentang perkara itu adalah rangkaian internet yang tak begitu baik di dalam hutan. Terdahulu, pihak polis telah menemukan bukti terbaru dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Sumber : ohmedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*