Terbaru p0lis pnggil pengasuh dan lagi 2 org yg selama ni ada kaitan

created by photogrid

Rentetan penahanan ibu bapa arwah Zayn Rayyan baru-baru ini, tiga individu termasuk pengasuh kepada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan. Pengasuh, dua individu ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga individu berkenaan dipanggil di lbu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkendan. “Selain pengasuh, dua lagi yang direkod keterangan adalah ahli keluarga kepada pengasuh itu.

“Ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan, beberapa saksi lain juga mungkin akan dipanggil sekiranya ada keperluan untuk membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Terdahulu, polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan di sekitar kawasan Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi, Jumaat sebelum direman selama tujuh tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya. Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Sumber : Sinar harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*