Keluarga kami tak pernah memberi arahan – Lama brsabar, Akhirnya Keluarga Ibu zayn dedah ini

created by photogrid

Ahli keluarga ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tampil menjelaskan sudah sepakat untuk melantik Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co sejak dari awal lagi.

Kakak kepada ibu Zayn Rayyan yang mahu dikenali sebagai Azlin berkata, mereka tidak dimaklumkan terlebih dulu mengenai pertukaran peguam kepada Fahmi Abd Moin dan hanya mengetahui selepas tindakan itu diambil.

“Keluarga kami tidak pernah memberi arahan untuk melantiknya (Fahmi Abd Moin) untuk mewakili ibu Zayn.

“Kami sekeluarga sepakat untuk melantik peguam Mahmud mewakili adik kami,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan polis menyambung reman ibu bapa kepada Zayn Rayyan enam hari lagi bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan.

Media turut melaporkan, bapa kepada suspek lelaki, Zahari Mohd Reba menjelaskan tiada sebarang surat rasmi untuk melantik Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co sebagai peguam kepada anak dan menantunya.

Ia menimbulkan tanda tanya mengenai apa yang berlaku dalam urusan melantik peguam oleh kedua-dua keluarga berkenaan.

Ia susulan kenyataan Mahmud sebelum ini yang memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili pasangan suami isteri itu.

Sumber : Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*