Innalillahiwainnailaihirojiun , wartawan Hiburan popular Huzz baru menggal dunia kejap tadi, baca sini puncanya

created by photogrid

Wartawan hiburan Huzz atau nama sebenarnya
Kamal Huzaini bin Kamaludin meninggal dunia pada jam 6.10 petang, 8 Jun, pada usia 58 tahun. Berita itu dimaklumkan oleh adiknya, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama, Nur ul Afida Kamaluddin.

Sebelum ini, Huzz, 59 terlantar di HKL untuk menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Penderitaannya itu juga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar menerusi Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi berbesar hati menziarahi
Huzz.

Antara selebriti yang turut datang ziarah sebelum ini adalah seperti Datin Sofea Jane, Erra Fazira, Ziana Zain selain isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis. Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Dia juga penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.

Sumber : Gempak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*