Ibu bapa Zayn Rayyan boleh dibebaskan dengan jaminan…

created by photogrid

Kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin masih belum terjawab. Walaupun ibu bapa Zayn kini menjadi suspek pembunuhan, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ketika ini, pihak polis perlu melengkapkan kertas siasatan kes sebelum hari penahanan reman ibu bapa Zayn tamat pada esok (Rabu). Kertas siasatan lengkap itu kemudian perlu diberikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk pendakwaan serta semakan.

Ibu bapa Zayn boleh dibebaskan dengan jaminan peguam. Sekiranya pihak pendakwaan mendapati ada bukti kukuh untuk menuduh mana-mana suspek, suspek akan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.

Pertuduhan boleh dilakukan pada hari sama reman OYDS tamat atau keesokannya bergantung kepada arahan AGC.

Menurut peguam ibu bapa Zayn iaitu Fahmi Abdul Moin, suspek atau orang yang disyaki (OYDS) hendaklah dilepaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun, Fahmi masih belum dapat bertemu anak guamnya. Kali terakhir mereka bersemuka adalah ketika permohonan sambung reman pada Jumaat lalu.

Sumber : ohmedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*