Ini update Berita Yg Ditunggu2, tentang pengakuan ibu arwah Adik Zayn Ryann

created by photogrid

Video kenyataan peguam ibu zayn rayyan.

Sebelum ini, Kehadiran ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin di lokasi mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan dan kediaman mereka adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.

Proses lengkapkan siasatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia merupakan antara prosedur atau tindakan yang perlu diambil sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, perkembangan lanjut sama ada siasatan kes itu telah lengkap atau sebaliknya serta status reman ibu bapa kanak-kanak tersebut akan dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Mengenai reman ibu bapa Zayn Rayyan yang akan tamat pada Khamis, saya tidak dapat berkongsi apa apa (perkembangan) pada petang Selasa ini.

“Dia (ibu bapa Zayn Rayyan) tidak boleh sambung reman lagi dan tunggu mungkin Pengarah JSJ akan beri kenyataan berkaitan perkembangan kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.

Semalam, ibu kepada Zayn Rayyan dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai serta lokasi mayat ditemukan berhampiran rumah mereka, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak sehingga mayatnya ditemui.

Sumber : Gempak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*